IKUTI KAMI DI FACEBOOK !

Thursday, January 1, 2015

Tak Peduli Jenayah Dirakam CCTV











Kuala Lumpur: Seorang pemilik rumah mendapati kecurian yang berlaku kediamannya dilakukan dua lelaki bertubuh sasa dan hanya memakai seluar pendek.
suspek dikatakan menceroboh masuk kediaman mangsa di SS2, Petaling Jaya di sini, walaupun menyedari kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di rumah itu. 

Suspek berusia 20-an dikesan menceroboh masuk melalui pintu hadapan kediaman itu sebelum melarikan pelbagai barangan berharga termasuk RM20,000.
Mangsa dikenali sebagai Sunny,38, berkata, ketika kejadian dia dan keluarga tidak berada di rumah.
Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati terdapat kesan umpil pada pintu hadapan rumahnya selain keadaan rumah yang berselerak selepas pulang sekitar jam 5 petang.
“Saya meneliti rakaman CCTV sebelum mendapati dua lelaki menceroboh masuk ke rumah saya.
“Seorang suspek memakai seluar pendek dan berbadan tegap. Sekali pandang, memang tak sangka mereka penyamun,” katanya, semalam.
Menurutnya, dia yakin dua suspek itu warga tempatan walaupun suspek cuba mengelak wajah mereka dirakam CCTV.
“Mereka tidak memakai topeng, tetapi cuba menutup muka dengan baju bagi mengelakkan wajah mereka dirakam,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di sini.

Sumber : Harian Metro

Hati Afdlin Tersentuh

Jangan asyik memikirkan masalah dan kesusahan diri sendiri kerana ada orang yang lebih susah dan menderita.
Memikirkan perkara itulah membuatkan pelako
n, pengarah dan penerbit, Afdlin Shauki mula aktif melakukan kerja amal.
"Dengan membantu meringankan beban orang lain kesannya dapat kita rasai apabila Allah SWT memberi rahmat kepada kita juga. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.
"Kali pertama saya menjejakkan kaki ke Gaza pada 2012, keadaan di sana amat menginsafkan saya. Daripada kembara itulah terdetik di hati ini untuk mula mengambil tahu apa yang berlaku di luar hidup saya yang mana kita selalu fikir masalah kita yang paling teruk, rupa-rupanya masalah orang lain lagi dahsyat.
"Kita mungkin pening memikirkan hutang itu dan ini tetapi bayangkan mangsa banjir di Pantai Timur, Pahang, Perak dan Perlis ketika ini yang hilang segalanya milik mereka.

Afdlin berkata, dia memang percaya kepada konsep tolong-menolong dan saling bantu membantu.
"Kalau kita nak berjaya dalam hidup, kita kena bantu orang lain. Apabila dapat rezeki berkongsilah kerana sebahagian daripada rezeki yang kita peroleh ada hak orang lain di dalamnya. Kita tidak akan tahu bila masanya kita pula perlu dibantu," katanya.
Awal tahun ini, sekali lagi Afdlin ke Jordan menghantar bantuan kepada kanak-kanak di negara itu dan Syria.

Sumber : Berita Harian

Wednesday, December 31, 2014

Harga petrol turun 35 sen, diesel 30 sen mulai 1 Jan

Harga petrol turun 35 sen, diesel 30 sen mulai 1 JanPUTRAJAYA: Harga baru bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelumnya manakala diesel diturunkan sebanyak 30 sen, berkuatkuasa tengah malam.

Sehubungan itu, harga runcit bagi RON95 ditetapkan pada  RM1.91 seliter, RON97 pada RM2.11 seliter manakala diesel berharga RM1.93 seliter.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan senarai harga runcit baru petrol bagi Januari 2015 menerusi satu kenyataan di putrajaya, pada malam Khamis.

Pada 1 Disember lalu harga runcit RON95 diturunkan 4 sen kepada RM2.26 seliter, manakala diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter.

Ia berikutan pengumuman penetapan harga runcit oleh Kabinet pada 21 November 2014,  bagi petrol RON95 dan diesel menerusi mekanisme sistem apungan terurus seperti yang dilakukan bagi penetapan harga RON97 bermula Julai 2010.

Menerusi mekanisme ini harga runcit minyak seluruh negara akan ditentukan mengikut harga minyak mentah dunia dan berdasarkan purata harga minyak mentah global bulanan serta nilai matawang semasa.


Sumber : Astro Awani

Polis Trafik Mangsa Gurauan

Georgetown: Akibat terlalu teruja, beberapa peserta larian Penang Rainbow Run di sini dipercayai secara tidak sengaja terbaling serbuk berwarna ke arah seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas menjaga lalu lintas sempena acara itu.
Tindakan itu menimbulkan rasa kurang senang anggota polis berkenaan berikutan pakaian seragamnya kotor akibat terkena serbuk berwarna itu.
Sumber berkata, sebelum itu anggota trafik berkenaan sedang mengawal lalu lintas dan hanya menyedari bajunya yang berwarna putih itu kotor akibat terkena serbuk berwarna dibaling peserta larian.
“Rakan anggota polis itu menegurnya selepas melihat tompokan serbuk berwarna merah di bahagian belakang badan dan seluarnya, sekali gus menyebabkan pakaian seragamnya kotor.
“Ia dipercayai dibaling seorang daripada 5,000 peserta yang terbabit dalam larian sejauh lima kilometer itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan polis dibuat anggota trafik berkenaan berhubung kejadian itu.
Walaupun perbuatan itu mungkin dianggap gurauan, beliau menasihatkan orang awam menghormati anggota polis bertugas dan tidak bertindak di luar batasan.
“Orang ramai perlu hormati tugas polis, selain tidak bertindak di luar batasan hingga boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain,” katanya.
Beliau berkata, tugas anggota polis akan terganggu jika ada peserta larian terbabit yang bertindak membaling pewarna meskipun mereka mungkin berniat baik.

Sumber : Harian Metro

Tertembak Adik Ketika Memburu

Sipitang: Seorang pengawal keselamatan bertindak membunuh diri selepas tersilap melepaskan tembakan menggunakan senjata bekakuk sehingga adiknya yang berusia 22 tahun terbunuh, manakala rakannya, 33, cedera ketika memburu babi di hutan Ulu Meligan, di sini, semalam.
Dalam kejadian 12 tengah hari itu, pengawal keselamatan terbabit dipercayai membunuh diri selepas menyesali tindakannya yang menyebabkan adik lelakinya terbunuh dan rakan lelakinya cedera.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sipitang Asisten Superintenden Mohamad Zulkiflee Mohd Yaacob berkata, mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sipitang.
"Siasatan awal mendapati mereka memburu babi di hutan berkenaan dan berpecah kepada dua kumpulan dengan pengawal keselamatan itu bergerak bersendirian manakala adik dan rakannya bergerak di laluan lain.
"Mereka berhenti rehat untuk makan sebelum terkena tembakan dilepaskan pengawal keselamatan itu yang kemudian turut ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dada,” katanya.


Sumber : Harian Metro

Kisah Sultan menyamar seperti 'orang biasa' bantu rakyat jadi bualan

Kisah Sultan menyamar seperti 'orang biasa' bantu rakyat jadi bualanKUALA LUMPUR: Di media sosial, rata-rata memuji sikap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli membantu mangsa banjir tanpa sebarang protokol rasmi.

Kisah Sultan Muhammad V disebut ramai dek kerana kesanggupan Baginda turun padang tanpa ada pemberita mahupun pengiring.

Menurut sumber, rakyat sendiri tidak menyedari kehadiran Baginda kerana dilihat ‘seperti orang biasa’ ketika membantu mangsa banjir.

"Baginda juga menerima arahan daripada seorang Mejar. Sewaktu berhenti rehat, Baginda turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas lain”

“Bila ditanya dari mana. Baginda hanya menjawab ‘orang sini’ dan bila disapa mengatakan wajahnya persis Sultan Kelantan, Baginda hanya tersenyum”

"Setelah menyedari yang disapa itu benar Sultan, terus orang tersebut memohon maaf kerana tidak tahu yang baginda adalah Sultan Muhammad V”

"Baginda hanya tersenyum malah memeluk orang itu. Tergamam Mejar yang ada dekat situ, kekok terus untuk memberi arahan”


Itu adalah antara cerita yang tersebar mengenai baginda yang menjadi buah mulut ramai.

Malah dalam satu lawatan, Baginda turut dilihat memandu sendiri kereta pacuan empat rodanya ke lokasi penempatan mangsa banjir.

Tindakan Baginda mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak tempatan Kelantan.

Terdahulu, titahnya dalam teks yang diedarkan kepada media, Baginda berkata mahu seluruh rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait dengan perbuatan manusia.

Disini Terdapat Beberapa Gambar Sultan Kelantan (Sultan Muhammad V )


View image on Twitter


View image on Twitter


Sumber : Astro Awani

Subhanallah Kucing Yang Unik



Worcester: Seekor kucing yang dinamakan Frank dan Louie selepas dia dilahirkan dengan dua muka, dua mulut dan tiga mata biru. kucing ini amat istimewa dan unik tetapi telah mati selepas 15 tahun hidup.Kucing tersebut mati akibat barah,kucing seperti ini akan mati selepas beberapa hari dilahirkan walaupun begitu kucing ini frank dan Louie hidup seperti kucing biasa sepanjang hayatnya.Meskipun buta mata tengah, kedua-dua matanya yang lain berfungsi dengan baik dan walaupun memiliki dua hidung dan dua mulut, tetapi haiwan itu hanya memiliki satu otak.- Agensi

Sumber : Harian Metro