Jangan asyik memikirkan masalah dan kesusahan diri sendiri kerana ada orang yang lebih susah dan menderita.
Memikirkan perkara itulah membuatkan pelako
n, pengarah dan penerbit, Afdlin Shauki mula aktif melakukan kerja amal.
"Dengan membantu meringankan beban orang lain kesannya dapat kita rasai apabila Allah SWT memberi rahmat kepada kita juga. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.
"Kali pertama saya menjejakkan kaki ke Gaza pada 2012, keadaan di sana amat menginsafkan saya. Daripada kembara itulah terdetik di hati ini untuk mula mengambil tahu apa yang berlaku di luar hidup saya yang mana kita selalu fikir masalah kita yang paling teruk, rupa-rupanya masalah orang lain lagi dahsyat.
"Kita mungkin pening memikirkan hutang itu dan ini tetapi bayangkan mangsa banjir di Pantai Timur, Pahang, Perak dan Perlis ketika ini yang hilang segalanya milik mereka.
Afdlin berkata, dia memang percaya kepada konsep tolong-menolong dan saling bantu membantu.
"Kalau kita nak berjaya dalam hidup, kita kena bantu orang lain. Apabila dapat rezeki berkongsilah kerana sebahagian daripada rezeki yang kita peroleh ada hak orang lain di dalamnya. Kita tidak akan tahu bila masanya kita pula perlu dibantu," katanya.
Awal tahun ini, sekali lagi Afdlin ke Jordan menghantar bantuan kepada kanak-kanak di negara itu dan Syria.
Sumber : Berita Harian
Sumber : Berita Harian
No comments:
Post a Comment