IKUTI KAMI DI FACEBOOK !

Wednesday, December 31, 2014

Harga petrol turun 35 sen, diesel 30 sen mulai 1 Jan

Harga petrol turun 35 sen, diesel 30 sen mulai 1 JanPUTRAJAYA: Harga baru bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelumnya manakala diesel diturunkan sebanyak 30 sen, berkuatkuasa tengah malam.

Sehubungan itu, harga runcit bagi RON95 ditetapkan pada  RM1.91 seliter, RON97 pada RM2.11 seliter manakala diesel berharga RM1.93 seliter.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan senarai harga runcit baru petrol bagi Januari 2015 menerusi satu kenyataan di putrajaya, pada malam Khamis.

Pada 1 Disember lalu harga runcit RON95 diturunkan 4 sen kepada RM2.26 seliter, manakala diesel dinaikkan kepada RM2.23 seliter.

Ia berikutan pengumuman penetapan harga runcit oleh Kabinet pada 21 November 2014,  bagi petrol RON95 dan diesel menerusi mekanisme sistem apungan terurus seperti yang dilakukan bagi penetapan harga RON97 bermula Julai 2010.

Menerusi mekanisme ini harga runcit minyak seluruh negara akan ditentukan mengikut harga minyak mentah dunia dan berdasarkan purata harga minyak mentah global bulanan serta nilai matawang semasa.


Sumber : Astro Awani

Polis Trafik Mangsa Gurauan

Georgetown: Akibat terlalu teruja, beberapa peserta larian Penang Rainbow Run di sini dipercayai secara tidak sengaja terbaling serbuk berwarna ke arah seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas menjaga lalu lintas sempena acara itu.
Tindakan itu menimbulkan rasa kurang senang anggota polis berkenaan berikutan pakaian seragamnya kotor akibat terkena serbuk berwarna itu.
Sumber berkata, sebelum itu anggota trafik berkenaan sedang mengawal lalu lintas dan hanya menyedari bajunya yang berwarna putih itu kotor akibat terkena serbuk berwarna dibaling peserta larian.
“Rakan anggota polis itu menegurnya selepas melihat tompokan serbuk berwarna merah di bahagian belakang badan dan seluarnya, sekali gus menyebabkan pakaian seragamnya kotor.
“Ia dipercayai dibaling seorang daripada 5,000 peserta yang terbabit dalam larian sejauh lima kilometer itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan polis dibuat anggota trafik berkenaan berhubung kejadian itu.
Walaupun perbuatan itu mungkin dianggap gurauan, beliau menasihatkan orang awam menghormati anggota polis bertugas dan tidak bertindak di luar batasan.
“Orang ramai perlu hormati tugas polis, selain tidak bertindak di luar batasan hingga boleh menyebabkan gangguan kepada orang lain,” katanya.
Beliau berkata, tugas anggota polis akan terganggu jika ada peserta larian terbabit yang bertindak membaling pewarna meskipun mereka mungkin berniat baik.

Sumber : Harian Metro

Tertembak Adik Ketika Memburu

Sipitang: Seorang pengawal keselamatan bertindak membunuh diri selepas tersilap melepaskan tembakan menggunakan senjata bekakuk sehingga adiknya yang berusia 22 tahun terbunuh, manakala rakannya, 33, cedera ketika memburu babi di hutan Ulu Meligan, di sini, semalam.
Dalam kejadian 12 tengah hari itu, pengawal keselamatan terbabit dipercayai membunuh diri selepas menyesali tindakannya yang menyebabkan adik lelakinya terbunuh dan rakan lelakinya cedera.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sipitang Asisten Superintenden Mohamad Zulkiflee Mohd Yaacob berkata, mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sipitang.
"Siasatan awal mendapati mereka memburu babi di hutan berkenaan dan berpecah kepada dua kumpulan dengan pengawal keselamatan itu bergerak bersendirian manakala adik dan rakannya bergerak di laluan lain.
"Mereka berhenti rehat untuk makan sebelum terkena tembakan dilepaskan pengawal keselamatan itu yang kemudian turut ditemui mati dengan satu kesan tembakan di dada,” katanya.


Sumber : Harian Metro

Kisah Sultan menyamar seperti 'orang biasa' bantu rakyat jadi bualan

Kisah Sultan menyamar seperti 'orang biasa' bantu rakyat jadi bualanKUALA LUMPUR: Di media sosial, rata-rata memuji sikap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli membantu mangsa banjir tanpa sebarang protokol rasmi.

Kisah Sultan Muhammad V disebut ramai dek kerana kesanggupan Baginda turun padang tanpa ada pemberita mahupun pengiring.

Menurut sumber, rakyat sendiri tidak menyedari kehadiran Baginda kerana dilihat ‘seperti orang biasa’ ketika membantu mangsa banjir.

"Baginda juga menerima arahan daripada seorang Mejar. Sewaktu berhenti rehat, Baginda turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas lain”

“Bila ditanya dari mana. Baginda hanya menjawab ‘orang sini’ dan bila disapa mengatakan wajahnya persis Sultan Kelantan, Baginda hanya tersenyum”

"Setelah menyedari yang disapa itu benar Sultan, terus orang tersebut memohon maaf kerana tidak tahu yang baginda adalah Sultan Muhammad V”

"Baginda hanya tersenyum malah memeluk orang itu. Tergamam Mejar yang ada dekat situ, kekok terus untuk memberi arahan”


Itu adalah antara cerita yang tersebar mengenai baginda yang menjadi buah mulut ramai.

Malah dalam satu lawatan, Baginda turut dilihat memandu sendiri kereta pacuan empat rodanya ke lokasi penempatan mangsa banjir.

Tindakan Baginda mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak tempatan Kelantan.

Terdahulu, titahnya dalam teks yang diedarkan kepada media, Baginda berkata mahu seluruh rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait dengan perbuatan manusia.

Disini Terdapat Beberapa Gambar Sultan Kelantan (Sultan Muhammad V )


View image on Twitter


View image on Twitter


Sumber : Astro Awani

Subhanallah Kucing Yang Unik



Worcester: Seekor kucing yang dinamakan Frank dan Louie selepas dia dilahirkan dengan dua muka, dua mulut dan tiga mata biru. kucing ini amat istimewa dan unik tetapi telah mati selepas 15 tahun hidup.Kucing tersebut mati akibat barah,kucing seperti ini akan mati selepas beberapa hari dilahirkan walaupun begitu kucing ini frank dan Louie hidup seperti kucing biasa sepanjang hayatnya.Meskipun buta mata tengah, kedua-dua matanya yang lain berfungsi dengan baik dan walaupun memiliki dua hidung dan dua mulut, tetapi haiwan itu hanya memiliki satu otak.- Agensi

Sumber : Harian Metro

Foto "sweet" Emma Maembong & Zizan Razak buat peminat tak senang duduk


Foto "sweet" Emma Maembong & Zizan Razak buat peminat tak senang duduk
Rata-ratanya Menunjukkan Komen Positif  Dan Menyatakan Rasa Tidak Sabar Untuk Menunggu Giliran Emma Dan Zizan Bersanding - Foto Astro Gempak



KUALA LUMPUR: Nampaknya  koleksi foto-foto ‘sweet’ aktres Emma Maembong bersama kekasih hati Zizan Razak semasa majlis pernikahan Yaya Maembong  membuatkan peminat mereka tidak senang duduk.

Namun jangan salah faham, sebagai peminat mereka begitu teruja dan seronok melihat kebahagiaan pasangan Emma dan Zizan sehingga ada yang mendesak supaya mereka berkahwin.

Malah ada juga peminat menggunakan hashtag #sweetcouplezizanemma di setiap foto mempunyai wajah pasangan tersebut.

Rata-ratanya menunjukkan komen positif dan menyatakan rasa tidak sabar untuk menunggu giliran Emma dan Zizan bersanding.

Tak percaya?

Jom lihat koleksi foto-foto menarik Emma dan Zizan yang diambil dikongsi oleh pasangan ini di akaun Istagram mereka.-Astro Gempak

Emma MaembongEmma Maembong

Ribut Jangmi: Elakkan kawasan pantai dan laut di Sabah

Ribut Jangmi: Elakkan kawasan pantai dan laut di SabahKUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan perairan Sabah (Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan Pedalaman) dinasihatkan mengelak daripada sebarang aktiviti marin terutamanya pada 1 Jan, 2015, berikutan ribut tropika 'Jangmi' yang dijangka akan menyebabkan cuaca buruk.

Ribut Jangmi dijangka menyebabkan keadaan laut bergelora di perairan Sabah dalam tempoh 31 Dis hingga 2 Jan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata ramalan dari Joint Typhoon Warning Centre (JTWC) menyebut bahawa ribut itu kini berada 665km dari Timur Laut Sandakan dan sedang bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 15km sejam (kmsj).

"Ribut itu boleh menyebabkan angin kencang selaju 50 hingga 60kmsj yang  berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini.Ribut Jangmi

Che Gayah berkata selain perairan Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak (Miri dan Bintulu) turut akan mengalaminya.

Tambah beliau ribut tropika Jangmi ini boleh mengakibatkan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter serta hujan lebat di kawasan berkenaan.


Sumber : Astro Awani

Tuesday, December 30, 2014

Artis Redah Banjir

Artis tempatan sanggup mengetepikan jadual padat mereka demi membantu mangsa banjir yang melanda negeri di pantai timur. Pelbagai usaha dilakukan mereka bagi meringkan bebanan mangsa menerusi sumbangan barang keperluan dan dana.

Bagi pelakon Fizo Omar, biarpun rumahnya di Pasir Puteh, Kelantan tidak terjejas, dia tetap turun padang membantu mangsa banjir di sekitar negeri terbabit.
"Mujur rumah di kampung tidak banjir tetapi pejabat perniagaan Hot Burger di Wakaf Che Yeh sudah dimasuki air," katanya ketika dihubungi, semalam. 

Pelakon berusia 29 tahun itu bersama ahli keluarganya dan pasukan Hot Burger melancarkan misi bantuan untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

"Tiga hari lalu, kami membantu membawa keluar kanak-kanak dan warga emas yang terperangkap di rumah mereka menggunakan bot sekitar jam 4 pagi," katanya.

Sementara itu, Fizo turut mengalu-alukan orang ramai menyertainya untuk menghulurkan bantuan di sekitar Kelantan. 

Selain Fizo, selebriti lain yang turut meluangkan masa membantu mangsa banjir adalah Nabil, Afdlin Shauki, DatukSiti Nurhaliza, Aaron Aziz, Amy Search, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya. 

Lihat Gambar Meraka Dibawah !


Sumber : Harian Metro

Jaga status sebagai suami, Izzue Islam elak bersentuhan dengan pelakon wanita

Jaga status sebagai suami, Izzue Islam elak bersentuhan dengan pelakon wanitaPelakon kacak Izzue Islam  bertegas dengan prinsip lakonannya yang meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita demi menjaga statusnya sebagai suami.

Menurut Izzue,keputusan tersebut dibuat sendiri olehnya dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

“Saya mahu menghadkan bersentuhan dengan pelakon wanita lagipun saya sudah berkahwin dan berstatus suami orang.

“Keputusan ini dibuat oleh saya sendiri dan sebelum berlakon saya juga ada beritahu pihak produksi mengenai perkara ini dan mereka juga tiada masalah,” katanya ketika ditemui pada majlis pra-tonton telefilem ‘Oh My English Villa Isabellaaa!’ bertempat di GSC Signature,The Garden pada petang Rabu.

Selain itu, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan juga memberitahu untuk melakonkan adengan romantik tidak semestinya perlu bersentuhan.

“Saya rasa banyak lagi cara untuk menunjukkan babak-babak romantik dan tidak semestinya perlu bersentuhan.

“Saya pun nak jaga status saya sebagai suami dan dalam masa yang sama saya juga menghormati dan menjaga maruah pelakon wanita.

“Jadi saya rasa isu ini tidak perlulah diperbesarkan lagi,” ujarnya.

Di samping itu Izzue juga diminta mengulas mengenai spekulasi yang mengatakan prinsip tersebut mempunyai kaitan dengan isteri yang juga merupakan pengurusnya iaitu Awin.

“Orang boleh berkata macam-macam tetapi sebenarnya keputusan ini datangnya dari saya sendiri.

"Sudah-sudahlah kaitkan perkara ini dengan isteri saya, seperti yang saya cakap tadi tidak ada sesiapa pun yang mempengaruhi keputusan yang saya buat." ulasnya pendek.

Sumber : Astro Awani

Heliza Helmi terkejut cara layanan kru bangsa Cina di lokasi



Heliza Helmi terkejut cara layanan kru bangsa Cina di lokasiPenyanyi dan pelakon cantik Heliza Helmi beberapa bulan lepas telah mendedahkan mengenai layanan diterimanya oleh kru produksi semasa membuat rakaman iklan.

Jelas Heliza dia terkejut dengan layanan yang diberikan tenaga kerja yang kebanyakannya berbangsa Cina.

Heliza telah berkongsi mengenai perkara tersebut di laman Instagramnya pada awal pagi Khamis menerusi foto sehelai sejadah yang terbentang.

Pada foto tersebut, Heliza telah menulis:

"MasyaAllah.... Allah.. Allah.. Allah..Semoga Allah memberikan Taufik Hidayah kepada mereka. Ija ada shooting silky white ni dan mereka adalah Chinese …Pagi tadi masa Ija baru sahaja sampai, ayat pertama yang mereka kata adalah, Heliza pergi makan dulu, kami akan prepare kan untuk you Solat..Bila masuk sahaja waktu azan. Tau apa mereka kata. 'Okay, kita break dahulu, bagi Heliza solat, then baru makan then baru shoot balik'..Handphone Ija, bila azan hp ni ada suara Azan, waktu Asar tadi, mereka sendiri yang stopkan shooting, dan mereka kata.... 'Okay Heliza you solat dulu ok? 'Sejadah ni pun mereka yang prepare.. Allahu Akbar.. Ya Rabbi! Ya Allah MasyaAllah. Terima kasih Allah... Solat tepat waktu. Dan Ija tak perlu mention pun ttg solat tapi mereka yang ingatkan Ija.. MasyaAllah........ Adakah kita sebagai Muslim ingat panggilan Allah?"

Menarikkan perkongsian Heliza ini. Diharapkan selepas ini lebih ramai produksi yang sensitif tentang perkara-perkara seumpama ini.

Walau apapun, kepekaan tenaga kerja produksi yang terlibat dengan rakaman iklan Sunsilk ini wajar diberikan pujian.
heliza


Sumber : Astro Awani

Kapal angkasa India rakam gambar dari Planet Marikh

Kapal angkasa India rakam gambar dari Planet MarikhNEW DELHI: Kapal angkasa India telah mendedahkan gambar pertama Planet Marikh yang menunjukkan kawah di atasnya sekali gus menjadikan negara itu yang pertama di Asia ke planet berkenaan.



Organisasi Kajian Angkasa Lepas India (ISRO) yang memuat naik salah satu gambar ke laman Facebooknya, menunjukkan permukaan berwarna oren dan lubang gelap yang diambil dari ketinggian 7.3 kilometer (4.5 batu).

ISRO turut meletakkan gambar di Twitter, dengan kapsyen "Pandangan yang bagus dari atas sini."

Seorang pegawai kanan ISRO memberitahu AFP, beberapa gambar berjaya diterima sementara jurucakap agensi kerajaan berkata kapal angkasa itu berfungsi dengan baik.

India menjadi negara Asia pertama yang sampai ke Marikh pada Rabu apabila kapal angkasa tanpa pemandu yang dinamakan Mangalyaan memasuki orbit selepas perjalanan selama 10 bulan dengan bajet yang sangat terhad.

Misi yang diadakan untuk mencari bukti kehidupan di planet ini menjadi satu kebanggaan untuk India yang bersaing dengan pesaing Asia untuk kejayaan di angkasa.

India menewaskan saingannya dari China yang pertama mencuba pada tahun 2011 dengan kos berbilion dollar untuk program berkenaan.

Dengan hanya $ 74 milion, India menjadikan misi mereka jauh lebih murah daripada bajet $ 100 milion daripada "Graviti".

Ia juga mewakili hanya sebahagian kecil daripada kos $ 671 bilion kapal angkasa NASA Maven, yang mula mengorbit planet keempat dari matahari pada hari Ahad.

India kini menyertai kelab elit Amerika Syarikat, Rusia dan Eropah yang boleh berbangga dengan pencapaian ke Marikh.

Lebih separuh daripada semua misi ke planet itu telah berakhir dengan kegagalan.

Kejayaan misi itu mendapat liputan muka depan di akhbar-akhbar India pada hari Khamis, dengan Hindustan Times mengisytiharkan "BANGSA YANG MENAKLUKI Marikh" dan Times of India berkata "India memasuki kelab eksklusif Marikh."

India, daripada menteri-menteri kerajaan, pekerja-pekerja pejabat sehingga pemain kriket mereka memenuhi laman Twitter untuk menunjukkan kebanggaan kepada negara mereka, manakala pelajar sekolah menyambut kejayaan itu dengan memakan gula-gula tradisional India.


Sumber :Astro Awani

Whatsapp palsu mula viral, Pengarah nafi kematian di Hospital Kuala Krai

Media sosial terus dijadikan platform untuk pengguna menyebarkan khabar berita palsu terutamanya tentang kesan banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia kini.

Terbaru adalah perkongsian whatsapp yang mula viral sejak beberapa hari lalu.

Pada sebaran whatsapp berkenaan, 40 mayat dikatakan bergelimpangan di Hospital Kuala Krai kesan daripada banjir dan juga akibat kekangan peralatan di hospital berkenaan.


Sebaran melalui whatsapp menceritakan detik cemas penuh dramatik bagi menyakinkan pengguna lain agar terus menyebarkan maklumat palsu ini.

Hari ini melalui temubual bersama Astro Awani ke hosital berkenaan, Pengarah Hospital Kuala Krai, Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang tersebar luas melalui whatsapp itu.

Sewaktu ditemubual Astro Awani, Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin menafikan sebaran maklumat palsu berkenaan
"Saya ingin membuat penafian dalam media sosial yang mengatakan bahawa ada 40 mayat yang bergelimpangan di Kuala Krai akibat kekurangan oksigen & kekangan peralatan hospital. Saya ingin membuat penafian bahawa setakat hari ke-6, tiada satu kematian pun di Hospital Kuala Krai!", tegas Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin.



Sekitar Hospital Kuala Krai yang tidak ditenggelami air seperti yang didakwa

 Dr Nik turut meyakinkan orang ramai bahawa hospital berkenaan tidak terjejas dan tidak ditenggelami air seperti yang disebarkan pada whatsapp palsu. Beliau berharap agar pengguna media sosial termasuk platform whatsapp agar berhenti menyebarkan maklumat palsu dan cuba dapatkan maklumat sahih melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sumber :Astro Awani

Fenomena awan berlubang cetus panik


Fenomena awan berlubang cetus panikFenomena awan berlubang ataupun fallstreak hole di sebuah pekan kecil Wonthaggi, Australia mencetuskan keadaan panik dikalangan penduduknya.

Kejadian berlaku tepat pukul satu petang waktu tempatan.

Ramai yang berkongsi di twitter dan menganggap ia angkara makhluk asing.

Malah ada seorang penduduk menelefon stesen radio tempatan bagi mendapatkan penjelasan.


View image on Twitter


View image on Tumblr website

View image on Twitter

Orang ramai mula berteka-teki mengenai fenomena itu sehinggalah seorang wakil jabatan meteorologi mengesahkan ia sebuah kejadian alam yang normal.

Kejadian pada awan ini berlaku apabila suhu air awan jatuh di bawah paras beku tetapi air tidak membeku, lalu jatuh atau terpisah dari awan dan membentuk sebuah lubang.


Sumber :Astro Awani

Penduduk Gempar Sungai Tiba-tiba Berubah Merah

Penduduk gempar sungai tiba-tiba berubah merah
SAMARINDA: Penduduk tempatan heboh dan kecoh apabila sebatang anak sungai di Bontang Selatan, Kalimantan Timur (INDONESIA)  yang berubah menjadi warna merah.

Menurut berita yang dilaporkan oleh KOMPAS.com, misteri air sungai yang tiba-tiba berubah menjadi merah seperti darah itu berlaku pada Selasa, lalu.

Pihak polis dan penduduk setempat pada awalnya mengesyaki kejadian perubahan warna air sungai tersebut berpunca daripada pembuangan sisa cat atau perwarna ke dalam anak sungai terbabit.

Hasil siasatan polis ke atas tiga orang suspek yang disoal siasat mendapati kejadian terbabit berpunca daripada pembuangan sisa pembersihan tong yang mengandungi pewarna organik.


Sumber : Astro Awani

Dah Jumpa?

Pangkalan Bun: Beberapa bahagian pesawat termasuk pintu pesawat dikesan ketika pencarian melalui udara, lapor AFP.
"Kami mengesan kira - kira 10 objek besar dan beberapa objek kecil berwarna putih," kata Marsekal Muda Tentera Udara Indonesia Agus Dwi Putranto.
Menurutnya, lokasinya adalah 10 kilometer daripada lokasi terakhir pesawat berkenaan dikesan radar di sekitar kawasan Pontianak dan Bangka Belitung," katanya.
Beliau turut menunjukkan 10 keping gambar yang menunjukkan sebuah pintu pesawat, peluncur keselamatan pesawat dan objek berbentuk segi empat tepat.
Seorang jurukamera AFP yang berada dalam pesawat yang sama memaklumkan dia melihat beberapa objek berbentuk rakit keselamatan, jaket keselamatan dan beberapa tiub panjang berwarna oren.


Sumber : Harian Metro

Derma Barang Rosak

Shah Alam: Sukarelawan yang berkhidmat di pusat pengumpulan barang sumbangan untuk mangsa banjir kesal apabila terdapat segelintir individu menjadikan pusat berkenaan sebagai tempat untuk ‘membuang’ barangan tidak diingini.
Tinjauan di pusat pengumpulan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) mendapati keadaan di pusat berkenaan berbau selain dipenuhi barang lama yang sudah rosak.
Pakaian kebanyakannya sudah rosak malah terdapat pakaian yang tidak dibasuh selain kasut yang sudah rosak dihantar ke lokasi itu.
Setiausaha Muslim Care Abdul Razak Mohamed berkata, pihaknya sangat berterima kasih atas sumbangan orang ramai yang mendermakan pakaian serta kelengkapan lain kepada mangsa banjir.
“Namun dikesalkan apabila terdapat segelintir penderma menjadikan pusat pengumpulan sebagai tempat untuk membuang barang yang mereka tidak gunakan lagi.
“Bukan semua bersikap demikian namun jika ingin membuat kebajikan lakukanlah dengan ikhlas seolah-olah mahu memberi hadiah kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Sumber : Harian Metro

Monday, December 29, 2014

Gambar Fizo Omar Turun Bantu Mangsa Banjir Pun Dikecam

Fizo Omar berada di kampung halamannya iaitu Kelantan ketika bencana banjir sedang melanda. Perkahwinan adiknya turut sedikit terjejas ekoran bencana banjir yang agak teruk itu.

Fizo Omar telah membantu dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir. Dan di samping itu, Fizo Omar telah memuatnaik gambar dan video ketika banjir di Kelantan baru-baru ini.

Namun video dan gambar selfie Fizo Omar yang menggunakan monopod itu telah menerima kritikan negatif dan dikecam orang ramai. - lapor hotlips-yuya.blogspot.com

Fizo Omar dilihat agak berang dengan komen negatif yang diterima. ini komen Fizo Omar:

Salam semua...ramai btol manusia yg hati busuk dan suka judge people sbb video selfie tgh banjir tu.gmbr tu di ambil semata2 utk tunjuk keadaan banjir di kelantan.sory to say ,kita diberikan akal fikiran dan itu membezakan manusia dgn binatang,jgn letakkan diri tu setaraf dgn .... 

Xperlu nak postkan semua gmbr tgh bantu mangsa yang terkandas dan tgh bg makanan semua.. Yg dok komen mcm2 tu meh sama2 kita trn ke kelantan ni bg bantuan drpd dok tunjuk tahap kecerdikan dlm fb ni. 

Xdpt turun pun berdoa pun jd lah.mgkn hri ni nasib orng lain xbaik.nntah2 esok lusa giliran kita plak n then orng yg kita dok kutuk2 pula dtg tlng bila dlm kesusahan.

Ini gambar komen dan juga gambar selfie Fizo Omar:

Bagi admin apa yang Fizo kata betul "Tak perlu nak postkan semua gambar tengah bantu mangsa yang terkandas dan tengah bagi makanan semua." kita buat sesuatu dengan ikhlas bukan menunjuk - nunjuk..Terbaik Fizo Omar..