Shah Alam: Sukarelawan yang berkhidmat di pusat pengumpulan barang sumbangan untuk mangsa banjir kesal apabila terdapat segelintir individu menjadikan pusat berkenaan sebagai tempat untuk ‘membuang’ barangan tidak diingini.
Tinjauan di pusat pengumpulan Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) mendapati keadaan di pusat berkenaan berbau selain dipenuhi barang lama yang sudah rosak.
Pakaian kebanyakannya sudah rosak malah terdapat pakaian yang tidak dibasuh selain kasut yang sudah rosak dihantar ke lokasi itu.
Setiausaha Muslim Care Abdul Razak Mohamed berkata, pihaknya sangat berterima kasih atas sumbangan orang ramai yang mendermakan pakaian serta kelengkapan lain kepada mangsa banjir.
“Namun dikesalkan apabila terdapat segelintir penderma menjadikan pusat pengumpulan sebagai tempat untuk membuang barang yang mereka tidak gunakan lagi.
“Bukan semua bersikap demikian namun jika ingin membuat kebajikan lakukanlah dengan ikhlas seolah-olah mahu memberi hadiah kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sumber : Harian Metro
Anda Boleh Mengikuti Kami Di Facebook
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/pages/MyBerita-Dot-Com/760901880650579